Friday, December 31, 2010

Subjek-subjek Pengajian di Ma'ahad Al-Munir

Pelajar-pelajar di al-munir siapkan dengan ilmu-ilmu tambahan, bagi memastikan mereka menjadi ulama' yang haraki.

Berikut subjek dan silibus pengajian mereka di Al-Munir :

  1. Al-Quran dan Tajwid : Kitab Al-Burhan
  2. Tafsir : Tafsir Ibnu Kathir
  3. Fikrah : Maza Ya'ni Intimai lil Islam,
  4. Aqidah : Aqidah Islamiah, Imam Hasan Al-Banna
  5. Tazkiyyah : Bidayatul Hidayah dan kitab tazkiyyah alanfus
  6. Seerah Nabawiyyah : Sirah, durus wal ibar dan Rahiq Al-Makhtum
  7. Hadith : Al-Wafi
  8. Fiqh Syafie : Fiqh Al-Manhaji
  9. Nahu : Tuhfatus saniah
  10. Usul Fiqh : Waraqat
  11. Mustalah Hadith : Taysir Mustalah Al-hadith

Thursday, December 30, 2010




MA'AHAD AL-MUNIR
Sana'a, Republik Yaman

Bermula sebagai sebuah asrama penempatan pelajar di sana'a yaman pada tahun 2008. dinamakan asrama penempatan pelajar tersebut "ma'ahad al-munir". Insyallah bergerak maju menjadi sebuah institusi pendidikan islam yang mencetak generasi al-quran serta mampu memacu ummah kearah kegemilangan islam. Diasaskan oleh Ustaz Haji Mohamed Sukri bin Omar dan dibantu oleh Ustaz Aizat Radzi.

Sehingga kini jumlah pelajar yang berada di ma'ahad al-munir adalah seramai 15 org dan 2 orang tenaga pentadbiran ma'ahad. Pelajar-pelajar al-munir semuanya berdaftar di universiti pusat tahfiz dan sekolah di yaman.

Berikut maklumat tempat pengajian dan jumlah mereka :

  • Universiti Al-Iman : 7 Orang
  • Universiti Sains & Teknologi : 4 Orang
  • Darul Quran : 3 Orang
  • Madrasah Nuraniah : 1 Orang
Mereka mengikuti sistem pengajian diuniversiti, tahfiz dan sekolah pada waktu pagi, kemudian setelah pulang daripada pusat pengajian mereka diaturkan dengan program tarbiyyah dan ilmiah bagi membentuk mereka sebagai fardul muslim yang mampu menguasai ilmu, memimpin dan berakhlak mulia.


Nama ma'ahad : Ma'ahad Al-Munir
Moto : "Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Yang Muttaqin"

wikipedia : http://ms.wikipedia.org/wiki/Ma%27ahad_Al-Munir